Showing posts with the label BukuShow all

BUKU MELAYU BERMARWAH

Budaya Melayu bukan sekadar pakaian di badan atau petatah dalam lisan. Ia adalah jiwa yang hidup dalam budi pekerti, maruah dalam perilaku, dan halus dalam tutur yang membina, bukan meruntuh. Marwah Melayu itu tinggi bukan kerana gah bicara, tetapi kerana lembut bahasanya menjunjung hikmah, dan tenang geraknya menatang nilai.

Buku ini tidak ditulis untuk mendabik dada, tetapi untuk mengajak kembali menoleh: Siapakah kita tanpa budaya? Di mana letaknya marwah jika akar tak lagi dikenang? Pada aksara ini, hamba titipkan suara hati tentang warisan yang makin hilang, nilai yang makin kabur, dan tanggungjawab kita sebagai anak watan untuk menjaga pusaka

Load More That is All
🏠 Home